Monday, June 28, 2010

Penawar Penyakit

HPA menawar pelbagai produk herba alternatif kepada pengidap penyakit yang digeruni. Namun begitu, kita hanya mampu berikhtiar, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui. Di antaranya ialah:-

1. Penyakit buah pinggang
Simptom pesakit buah pinggang ini mengalami sakit di tulang belakang, kencing tak lawas, kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Antara puncanya kurang pengambilan air di dalam badan dan mengamalkan sikap menahan air kencing, iaitu melengah-lengahkan pembuangan air kencing.

Sinergi Produk bagi masalah buah pinggang adalah seperti berikut:
Malac bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing), berfungsi sebagai anti hipentensi (turunkan tekanan darah) dan anti-piretik (penurus panas), di mana amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, kencing berdarah, deman panas, batuk, demam kuning dan ghout.

Madu Asli disarankan amal bersama Malac bagi proses pemecahan batu terutamanya penderita batu karang (gallstones).

D'Due sebagai pengimbang suhu mempunyai kesan diuretik dan antipiretik.
Banyakkan meminum air.

2. Penyakit kencing manis

Pesakit kencing manis mengalami simptom seperti berikut:

1-Mudah letih, sering dahaga & lapar,
2-
Penglihatan kabur,
3-Banyak makan tapi berat badan menurun,
4-
Mudah berbisul tapi lambat sembuh,
5-
Kerap kencing dan dihurungi semut .
Puncanya adalah pengambilan gula yang tinggi didalam badan dan pada masa yang sama menghadapi sembelit.

Sinergi Produk bagi masalah kencing manis adalah seperti berikut:

Bahan aktif plantisol berfungsi untuk menurunkan paras glukos dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsangkan pengeluaran insulin oleh pankreas.

Pesakit yang menghadapi masalah kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Pengambilan Teh Herba juga mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.

3. Kesihatan rahim wanita
Masalah yang berkaitan dengan wanita ini tertumpu kepada kitar haid yang tidak teratur, senggugut, keputihan serta perakanan/rahim jatuh.

Antara penyumbang utama adalah mengalami sembelit yang teruk,sakit tulang belakang, mengalami stress, keputihan, dan senggugut.

Sinergi Produk bagi kesihatan rahim wanita adalah seperti berikut:

Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Levigata) merupakan produk terbaik yang disarankan oleh setiap wanita. Ia dapat membantu masalah keputihan, kanser rahim, selepas bersalin dan senggugut.

Herba Senggugut sesuai diamalkan untuk wanita yang menghadapi masalah haid tidak menentu dan juga bagi wanita yang ingin mengandung.

Omega-3 juga mempunyai kelebihan meningkatkan daya seks dan kesuburan.

Pengambilan D'Due dapat mengimbangi suhu badan wanita, justeru itu kurangnya gangguan saraf dan hormon pada wanita.

4. Kolestrol
Simptom pesakit kolestrol ini dapat dilihat apabila pesakit kerap merasa kesemutan atau kebas dihujung jari. Selain itu perasaan mudah marah juga terlihat oleh para penghidap kolestrol ini.

Punca penyakit kolestrol ini adalah disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang banyak.

Sinergi Produk bagi masalah kolestrol adalah seperti berikut:
Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke.

Omega-3 Softgel juga mencegah stress yang berlebihan dan tekanan darah tinggi.

Spirulina juga menpunyai kelebihan menurunkan kadar kolestrol, penyaring lemak dan toksid.

No comments:

Post a Comment