Friday, July 2, 2010

Produk Minyak


HPA juga menawarkan pelbagai jenis minyak yang boleh digunakan untuk merawat penyakit. Di antaranya ialah:-

1. Minyak sahara

Minyak Sahara yang diadun dari pokok Capa adalah satu alternatif kepada umat islam. Kenapa dikatakan alternatif? . Ini adalah kerana ia sebagai pengganti kepada minyak sediaan kecemasan (minyak angin) yang majoritinya selalu dibawa oleh wanita ke sana ke mari sebelum ini.

Keistimewaannya minyak ini adalah ia dapat melegakan sakit kepala, pening, loya dan aromanya juga dapat memberi ketenangan. Malah yang lebih penting adalah minyak ini tidak mengandungi bahan-bahan yang haram atau meragukan.

2. Minyak rambut (Tonik rambut)

Satu kajian menunjukkan bahawa dalam masa 100 tahun lagi semua lelaki dan perempuan akan menghadapi masalah keguguran rambut yang kritikal. Menurut seorang pakar rambut Professor Lubowe mengatakan bahawa punca kebotakan adalah seperti berikut:-
1. Air dan makanan yang semakin kotor dan mengandungi bahan kimia berbahaya.
2. Pencemaran udara yang semakin kritikal.
3. Tabiat suka menggunakan pewarna rambut, kerinting, meluruskan, penggunaan gel dan bahan kimia yang lain.

Kulit kepala di bahagian kulit kepala terdapat banyak pembuluh darah. Aliran darah yang terdapat pada lapisan kulit kepala berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada akar rambut supaya menjadi lebih subur bagi pertumbuhan rambut. Tonik Pandan Rambut mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh akar rambut, kulit kepala dan rambut. Produk ini juga dapat mencegah berlakunya kelemumur, rambut bercabang dan pertumbuhan mikroflora.

3. Minyak barut

Produk

ini terdapat dalam Set Bersalin HPA. Kini mula dijual secara berasingan. Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin pada wanita selepas bersalin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi

yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.



4. Minyak but-but

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.

Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma.

Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.

Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.
Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa

No comments:

Post a Comment