Monday, June 7, 2010

Produk Sejuk Beku HPA

HPA telah mengeluarkan pelbagai produk sejuk beku sebagai alternatif kepada pengguna. Produk-produk ini bukan sahaja setanding dengan keluaran lain malah mengandungi herba-herba terpilih yang diadun bersama supaya lebih lazat dan berkhasiat. Di antara produk sejuk beku keluaran HPA ialah:

1. Burger Ikan
Dihasilkan dari ramuan dan campuran isi ikan segar dan bahan-bahan terpilih serta tambahan campuran herba (mata pelanduk, akar mengkudu dan halban) untuk rasa yang lebih lazat serta menyihatkan. Tiada campuran MSG (Ajinomoto) dalam penyediaan burger ikan ini. Ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi serta kadar kolesterol dan lemak yang rendah (baik untuk pembaikan sel-sel tisu) berbanding burger ayam dan daging. Burger ikan ini dikilangkan mengikut amalan pengilangan baik atau GMP. Ia boleh dimakan bersama bawang, sayuran segar, keju dan sos. Dijamin bersih dan halal. Sesuai dimakan semua lapisan masyarakat.

2. Nugget Ikan
Nugget ikan keluaran HPA diadun dengan ramuan terpilih, campuran isi ikan segar serta ditambah dengan herba-herba terpilih (mata pelanduk, akar mengkudu dan halban) bagi menghasilkan makanan harian berasaskan kesihatan. Nugget ini kenyal, rangup dan rasanya lebih enak apabila digoreng. Mengandungi sumber protein, karbohidrat dan tenaga yang tinggi sesuai untuk pembaikan sel-sel tisu yang rosak dan sumber karbohidrat untuk tenaga.

3. Ayam organik
Ayam organik dikeluarkan oleh HPA Farm, diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan di dalamnya. Makanan ayam dicampur dengan herba-herba terpilih (daun mambu, habbatus sauda' dll) bagi menghasilkan ayam yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Pemakanan ayam ini dirumus khas (jagung dan protein ikan) mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu tumbesaran yang maksimum. Kebersihan ayam yang diproses amat dititikberatkan. Proses sembelihan mengikut syarak bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umat Islam.

4. Sosej Ayam Organik
Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci.

5. Nugget Ayam Organik

6. Popcorn Ayam Rangup Organik












Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama pakat cuba produk sejuk beku keluaran HPA. Dijamin halal dan toyyiba.

No comments:

Post a Comment