Monday, June 28, 2010

Penawar Penyakit

HPA menawar pelbagai produk herba alternatif kepada pengidap penyakit yang digeruni. Namun begitu, kita hanya mampu berikhtiar, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui. Di antaranya ialah:-

1. Penyakit buah pinggang
Simptom pesakit buah pinggang ini mengalami sakit di tulang belakang, kencing tak lawas, kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Antara puncanya kurang pengambilan air di dalam badan dan mengamalkan sikap menahan air kencing, iaitu melengah-lengahkan pembuangan air kencing.

Sinergi Produk bagi masalah buah pinggang adalah seperti berikut:
Malac bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing), berfungsi sebagai anti hipentensi (turunkan tekanan darah) dan anti-piretik (penurus panas), di mana amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, kencing berdarah, deman panas, batuk, demam kuning dan ghout.

Madu Asli disarankan amal bersama Malac bagi proses pemecahan batu terutamanya penderita batu karang (gallstones).

D'Due sebagai pengimbang suhu mempunyai kesan diuretik dan antipiretik.
Banyakkan meminum air.

2. Penyakit kencing manis

Pesakit kencing manis mengalami simptom seperti berikut:

1-Mudah letih, sering dahaga & lapar,
2-
Penglihatan kabur,
3-Banyak makan tapi berat badan menurun,
4-
Mudah berbisul tapi lambat sembuh,
5-
Kerap kencing dan dihurungi semut .
Puncanya adalah pengambilan gula yang tinggi didalam badan dan pada masa yang sama menghadapi sembelit.

Sinergi Produk bagi masalah kencing manis adalah seperti berikut:

Bahan aktif plantisol berfungsi untuk menurunkan paras glukos dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsangkan pengeluaran insulin oleh pankreas.

Pesakit yang menghadapi masalah kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Pengambilan Teh Herba juga mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.

3. Kesihatan rahim wanita
Masalah yang berkaitan dengan wanita ini tertumpu kepada kitar haid yang tidak teratur, senggugut, keputihan serta perakanan/rahim jatuh.

Antara penyumbang utama adalah mengalami sembelit yang teruk,sakit tulang belakang, mengalami stress, keputihan, dan senggugut.

Sinergi Produk bagi kesihatan rahim wanita adalah seperti berikut:

Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Levigata) merupakan produk terbaik yang disarankan oleh setiap wanita. Ia dapat membantu masalah keputihan, kanser rahim, selepas bersalin dan senggugut.

Herba Senggugut sesuai diamalkan untuk wanita yang menghadapi masalah haid tidak menentu dan juga bagi wanita yang ingin mengandung.

Omega-3 juga mempunyai kelebihan meningkatkan daya seks dan kesuburan.

Pengambilan D'Due dapat mengimbangi suhu badan wanita, justeru itu kurangnya gangguan saraf dan hormon pada wanita.

4. Kolestrol
Simptom pesakit kolestrol ini dapat dilihat apabila pesakit kerap merasa kesemutan atau kebas dihujung jari. Selain itu perasaan mudah marah juga terlihat oleh para penghidap kolestrol ini.

Punca penyakit kolestrol ini adalah disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang banyak.

Sinergi Produk bagi masalah kolestrol adalah seperti berikut:
Mengkudu digunakan bagi menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara sistem jantung, mencegah ketegangan tekanan (stress) dan stroke.

Omega-3 Softgel juga mencegah stress yang berlebihan dan tekanan darah tinggi.

Spirulina juga menpunyai kelebihan menurunkan kadar kolestrol, penyaring lemak dan toksid.

Thursday, June 24, 2010

Demam

Perniagaan ibarat peperangan

Peniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yang benar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia perniagaan.Falsafah mereka “niat menghalalkan cara” mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah perniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan perniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini.
Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu perniagaan. Lebih-lebih lagi jika perniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh umat di mana sahaja.

Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit, setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.

Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniaga Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.

Ada satu bentuk perniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan perniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…

Sunday, June 20, 2010

Produk Kesihatan

Kordial Spirumadu
Spirumadu adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asid Amino yang tinggi. Berdasarkan satu kajian, Anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah tumor dan kanser. Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.

Antara khasiat SPIRULINA

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.

• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.

• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang hipertensi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.

Antara Khasiat MADU LEBAH

Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).

Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, sistem saraf, epilepsy, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memabfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, menguatkan struktur jantung, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya seks lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
Vitamin K
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah tinggi, migrain, kanser darah, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).

Nilai Perawatannya

• Ulser perut
• Gastrik

• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir

• Athma
• Hipertensi
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah

• Jangkitan kuman

• Anti tumor dan kanser
• Penjana tenaga segera

Kismis Minda
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

1. Melindungi hati.

2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Maduasli
Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ”Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :

Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.


EQ Minda

EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)

20% DV bagi magnesium

15% DV bagi phosphorus

13% DV bagi riboflavin

8% DV bagi kalsium

6% DV bagi iron dan zink

4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.


Honeycomb (Madu bersarang)
Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyaikandungan gula dan air yang tinggi. Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:
-Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
- Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
- Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
- Sesuai untuk mengelak asid refluk.
- Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
- Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:
- Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
- Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

Wednesday, June 9, 2010

Herba Tidak Berkesan

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini sama ada dalam diri, kepada teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seseorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya, setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.

SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN

1. MASALAH “MIND SET”

Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai di antara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

2. TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.

3. PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

4. PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

5. PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding
solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.

6. DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).

7. MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).

Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com