Friday, July 30, 2010

INILAH JALAN KAMI…

Inilah Jalan Kami
kalau hidup panjang kita terus berjuang
kalau kita mati..
ada orang yang akan teruskan

hidup dan mati..
bukan kita yang tentukan
pada orang dikasihi
tiba-tiba dipanggil kembali
sudah tentu hati menanggung hiba
tetapi …
bercerai kasih bertalak tidak.

urusan dagang ini
bukan dagang sebarangan
untuk memenuhi kehendak yang tidak puas
tapi dagangan ini membawa risalah
berita gembira dari al furqan

kita yang bermukim didaerah ini
barakahnya bukan dari sebab diri sendiri
telah terbukti pengorbanan
telah teruji kesetiaan
baru turunnya pertolongan.

lihatlah…sudah ramai yang datang kesini
tetap tabah sampai menemui mati
tidak berubah hati dan kesetiaan
meskipun dipujuk rayu kesenangan.
bukan…
bukan itu yang mereka cari
bukan wang berjuta dan emas segunung
tapi air kehidupan yang ingin diteguk
dari telaga kausar untuk umaat Nabi

bertahanlah kita disini
biarpun dingin membekukan tulang dan jemari
besok ada berita yang dinanti
musim bunga yang indah
keharumannya melata di setiap inci bumi.

Nukilan Pengarah Urusan HPA, Tn Haji Ismail Haji Ahmad.

GELATIN HALAL HALAGEL & HPA

BAGI umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan. Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat. Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah. Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega-3.

Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam.

“Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapatpengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).

“Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

“Paling penting, kesemua haiwan tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam,” jelas Azhar ketika ditemui Kosmo! di pejabat Halagel cawangan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penentu status halal gelatin bergantung pada beberapa faktor. Antaranya termasuklah proses pengeluaran tidak bercampur dengan sumber atau gelatin daripada haiwan tidak halal, di samping kebersihan keseluruhan di kilang tersebut.

Beliau menjelaskan, memang ada kebanyakan kilang yang menghasilkan gelatin tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk memproses gelatin halal.

Namun, disebabkan orang ramai tidak peka mengenai hal tersebut, maka tidak mustahil jika sebenarnya ada dalam kalangan pengguna Muslim telah termakan bahan yang diperbuat daripada gelatin yang tidak pasti sumbernya.

“Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana mereka tidak memahami dan menyedari perkara itu. Bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam, kesedaran untuk memastikan makanan atau produk yang digunakan adalah halal harus ada dalam diri setiap individu,” ujarnya lagi.

PALING penting haiwan halal yang digunakan untuk membuat gelatin disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, di sebalik penghasilan gelatin, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengeluar. Contohnya, ia mengambil masa di antara 60 hingga 80 hari untuk melengkapkan kesemua proses penghasilan gelatin.

“Tempoh waktu yang lama membuatkan pengeluaran gelatin halal agak terhad. Selain itu, adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal di kilang yang sama. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pengeluar gelatin dari negara-negara Barat.

“Paling utama, sumber tulang atau kulit haiwan yang diperoleh datangnya dari banyak pusat sembelihan yang mempunyai cara sembelihan tersendiri. Masalah inilah yang menyebabkan gelatin yang mungkin digunakan datang daripada sumber yang tidak halal,” jelas Azhar sambil berharap umat Islam lebih berhati-hati dalam hal ini.

Halagel kini telah pun mempunyai kilang memproses kapsul gelatin halal dan kilang kapsul lembut (softgel) untuk penggunaan dalam industri farmaseutikal.

Sumber: www.kosmo.com.my

DuniaHerbaHPA.com: HPA banyak menggunakan gelatin halal daripada Halagel untuk produk herbanya seperti produk berbentuk softgel dan ubat gigi herba. Jika selama ini kita asyik berkata kita tiada pilihan dalam bab makanan/minuman tetapi sekarang ini telah tersedia pelbagai produk keluaran umat Islam di pasaran terutamanya keluaran HPA. Mari kita bersama syarikat muslim seperti ini dengan menjadi pengguna dan usahawan supaya rangkaian perniagaan Muslim yang kuat dapat dibina. Jadikan produk Muslim sebagai pilihan UTAMA kita dan bukan lagi pilihan alternatif.

BENARKAH SERBUK AKAR KAYU MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)

Sumber : Blog KPU

Thursday, July 22, 2010

Bekam: Rawatan ikut sunnah semakin dilupakan

BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.

Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.

Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.

Kata Dr Nik Fairuz, jenis bekam biasanya mengikut pilihan pesakit yang kebanyakan bertujuan membuang angin dan darah kotor.

“Kebanyakan mereka yang mengunjungi pusat rawatan ini memilih untuk berbekam atas saranan dan nasihat rakan-rakan yang pernah merasai kebaikan berbekam terutama amalan bekam sunnah,” katanya yang menjelaskan pesakit yang menderita barah, ketumbuhan yang mencurigakan, fibroid (sista), lupus (SLE), kudis kronik, jangkitan, sawan (gila babi), HIV/Aids, orang fobia, mengandung, penyakit kelamin dilarang berbekam.

“Kami tidak merawat kanser, tetapi tidak dinafikan ada pesakit yang datang untuk berbekam atas fahaman dan keyakinan seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.

Dr Nik Fairuz mendapat tauliah pakar bekam daripada Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (Fahom).

Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.

Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.

“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.

Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.

Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.

Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.

INFO: Bekam

# Mereka yang berusia 4 hingga 65 tahun boleh berbekam.

# Kebiasaannya, rawatan bekam kering mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.

# Sesi terapi bekam darah tidak melebihi 30 minit.

# Jumlah darah tidak melebihi 5 hingga 10 mililiter.

RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT :

Tuesday, July 20, 2010

Buat Pejuang HPA

Salam….

Alhamdulillah…
Rasa diri ini terpanggil untuk semua ‘WARGA HPA’… Tetapi ianya buat masa ini di khususkan buat Ahli-Ahli HPA (Aktif atau Tidak)… Eh, kenapa yang Tidak aktif pun terlibat sama kan? hehe… Mesti lah… Kerana ingin membuatkan Ahli-Ahli yang tidak aktif ini, Menjadi lebih Aktif… So, Aktifkan Dirimu ^_^’
Strategi paling berkesan yang di gunakan HPA adalah menerusi Mulut ke Mulut… (Eh, jangan berfikiran kuning ya! haha)… Strategi ini bukan lah Mulut-Mulut Kosong.. Tetapi mulut-mulut yang di penuhi dengan ‘ILMU’… Dan saya menjamin, Antara pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya adalah mereka yang Ber‘ILMU' Tapi awas! Sila bezakan Ilmu dengan Sijil!(mungkin bagi ‘orang’ lama di dalam HPA hanya berkelulusan SRP)… Tetapi, ILMU ini adalah milik Allah, semua mampu perolehi… Yang penting dia NAK ILMU itu… (Allah juga yang akan beri)…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Seterusnya, Apakah anda pernah bertanya-tanya seperti ‘Mereka banyak duit, kereta besar-besar, boleh lah berjaya’… Saya jawab: Ya! Anda memang betul… Tapi ada sedikit kekurangan di atas kesimpulan anda… Jangan melihat seseorang itu KAYA dengan duit (Bonus) dan Kereta @ Rumah besar-besar… Orang yang KAYA adalah mereka yang MAMPU bersyukur dengan apa yang mereka ada dahulu… Dan yang paling penting, Apabila anda semakin KAYA, anda patut RISAU… Mungkin KAYA itu ujian buat anda…
Pernah dengar pesanan sebegini?: ‘Bila melihat di dalam isu dunia, Lihatlah orang yang paling rendah… Apabila hal akhirat, Lihat lah mereka yang paling tinggi…’ Kerana apa ya? Kerana semua orang MAMPU bersabar apa yang di timpanya, Tapi ramai yang JARANG bersyukur dengan apa yang ada…
Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Adakalanya bila tiba kelas mingguan HPA, ada yang berkata: ‘Siapa yang beri ucapan tu? HEBAT!… Kita memang selalu memberi penghargaan pada orang lain… Kerana apa? Kerena mereka ada yang kita tidak ada… Tapi bukan kah kita di lahirkan sama? Dan Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian? Kenapa kita tak beri penghargaan pada diri kita dahulu? Aku ni HEBAT juga… (Ops, hanya orang berfikiran kotor mengatakan ianya seperti memuji diri sendiri)… Aku dikira hebat juga kerana Sanggup DATANG KELAS! bukan sebab ada jamuan makan dan bukan kerana ada cabutan bertuah… Tapi kerana ILMU ! Jadi, anda memang HEBAT….
Anda sudah mendapat jawapan?

Wahai Ahli-Ahli yang (belum @ tak aktif) Anda sudah mula Berfikir untuk BERJAYA?
Atau anda selalu berkata, aku ni pangkat PLX jer.. Tak perlu lah GEMPUR lebih-lebih sangat… Dia tu, boleh lah.. Dah pangkat PJS… Boleh lah pergi sana-sini…
Apabila anda berkata begitu, Mudah nya ‘Syaitan’ melemahkan anda… Mungkin bukan anda seorang, tapi semua Ahli yang Belum @ Tak Nak aktif… Anda lupa akan ‘Peranan di dalam Pengurusan’… Sedarkah anda bahawa PJS-PJS yang dilantik HPA itu mempunyai Tanggungjawab? (Menggempur Pasaran ke Serata Malaysia)… Oleh kerana itu, HPA memberi PJS-PJS ini sedikit imbuhan (bonus tambahan)… Jika mereka GAGAL (sambil lewa) akan tanggungjawab mereka, mereka akan menanggung DOSA… Anda? Tiada tanggungan… Anda yang berpangkat biasa? Peranan anda hanya ‘AKTIF’sahaja… (mengguna dan menyedarkan orang-orang sekeliling). Jika anda ingin kerja seperti PJS-PJS pula, bagaimana? Itu HAK anda untuk menyebarluaskan empayar perniagaan HPA dan Jaringan anda ! What you get is what you GIVE !
Apa yang telah saya kongsi kan ya?
1) ILMU sangat penting untuk Berjaya…
2) Orang yang KAYA adalah orang yang BERSYUKUR
3) Kita adalah SEBAIK-BAIK kejadian (Allah is always by your side)
4) Sedar akan PERANAN anda di dalam HPA sebagai apa…. (anda tentukan)
—> Akan bersambung ke Siri 2 ^_^’
Nota kaki:
PLX adalah singkatan Pengurus Melati (HPA akan memberi 20% keuntungannya untuk anda)
PJS adalah singkatan Pengarah Jati Setia (anda harus memperolehi pangkat PJ dahulu dan mendapat 35% serta HPA akan melantik anda sebagai PJS dan tambahan % untuk PJS adalah 6%)
Ahli Aktif adalah ahli yang setia menggunakan produk keluaran HPA…
*perkongsian ini hanya sebagai wadah motivasi buat mereka yang ‘give up’… Penulis bukan lah mewakili secara ‘TOTAL’ daripada Pihak HPA… Hanya sekadar pandangan....