Saturday, October 16, 2010

Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan


oleh Info Kesihatan pada pada 16hb Oktober 2010 pukul 7.09 pagi
NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.

Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.

Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan.

"Ia (merakamkan burger itu selama enam bulan) bermula dengan satu pertaruhan dengan seorang rakan saya," katanya.

"Oleh itu, pada 10 April lalu, saya membeli sebiji burger dan saya mula merakamkan gambarnya tetapi tidak ada apa yang berlaku. Burger itu berbau selama satu hari dan ia kemudian terhenti (tidak ada bau lagi)," kata wanita tersebut.

Roti burger itu mengecut sedikit tetapi ia masih mengekalkan keadaan asal dan kelihatan sama seperti baru dibeli. Seperti yang dikatakan wanita itu, burger itu juga tidak ada bau.
Dua ekor anjingnya, Shih Tzu dan Charlie tidak menunjukkan minat untuk memakan buger itu kerana ia tidak mengeluarkan bau.

Ketahanan buger tersebut selama enam bulan mencetuskan kebingungan dan kebimbangan ramai pihak sama ada makanan segera yang bertahan lama itu sihat untuk kesihatan.

Pihak McDonald's enggan memenuhi permintaan ditemu ramah.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan rangkaian restoran itu, bahan makanan segar disediakan di restoran McDonald's.

"Adalah tidak munasabah untuk menyediakan satu maklumat terperinci berhubung dakwaan (wanita itu) tanpa mengetahui keadaan makanan itu disimpan. Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan," kata kenyataan daripada rangkaian restoran McDonald's.

Menurut kenyataan itu, bakteria dan kulat membiak berdasarkan keadaan tertentu. Jika makanan kering secukupnya, ia tidak akan membesarkan bakteria atau kulat.

Wanita yang merakamkan gambar itu benci dengan dakwaan yang diterimanya menerusi e-mel bahawa dia menipu berhubung burger tersebut.

"Saya tidak tahu kenapa saya mahu menipu. Saya berharap orang ramai akan membeli burger itu dan melakukan beberapa eksperimen," katanya.

Saturday, August 21, 2010

Daging di McDonald Tidak Halal - JAKIM




Terkejut aku bila dapat tau daging yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal iaitu McDonald tidak halal. Memang isu ni dah banyak kali timbul, tapi kali ni diperakui sendiri oleh JAKIM. Masya'allah, dah banyak kali makan baru berita ni keluar? OMG! Berikut adalah sumber yang aku dapat.

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama : Portal Rasmi Halal Malaysia

- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas.

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.

Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas

Maklumat Tentang Mac Food

Bagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini

(direct daripada laman web McDonald Malaysia): CLICK HERE

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

Nota sampingan:
Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat

Chlorophyll Drop HPA

Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil) merupakan hasil kajian Dr Zakaria
Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat
produk yang dihasilkan daripada stem sel epal (rujuk
perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari
Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang di
jual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh
meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah
merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila
pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil
makanan beralkali lebih daripada makanan berasid.
Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya
pelbagai jenis penyakit.

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan
tubuh yang paling berkesan di mana ia memberikan kesan yang
sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba
ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan
klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit
keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak
sampai 3 hari. InsyaAllah.

Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air
dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak
berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk
konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua
klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++. Sangat baik sebagai
minuman disamping Klorofil Drop HPA.

Saturday, August 7, 2010

Penyakit Kencing Manis

Orang yang mengidap sakit kencing manis, tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan permintaan. Begitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin, walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya seseorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudiannya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja, tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana pengaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi. Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastik untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serius memerlukan disiplin pemakanan yang kuat kerana tanpa disiplin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak, mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan memberi kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang, melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula, beras, santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan, herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAllah.

Friday, August 6, 2010

Fungsi-fungsi Usus

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).

Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.

Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

Usus Kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.

Usus Besar- Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.

Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

Pundi Hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.

Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria

Wednesday, August 4, 2010

Khasiat Herba Bawang Putih

Sedar atau tidak kita dikelilingi herba, cukup untuk mencarinya di dapur kita dan Subahanallah manafaatnya sangat banyak untuk keperluan seisi keluarga. Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L bersifat panas dan kering pada tingkat keempat. Ia memanaskan dengan kuat dan sangat mengeringkan, sangat bermanafaat untuk orang yang mempunyai masalah badan sejuk(dingin). Baunya juga merangsang untuk membuka selera makan.

BAHAN AKTIF
Bahan aktif yang terkandung di dalam herba ini antaranya adalah
alisin, aliin, enzim allinase, asam nikotinat, allithiamin, besi, belerang, kreatin, kuprum,fosfor, saponin, kalsium, kalium, niasin, protien, vitamin A,B1 (thiamine),B2(riboflavin),vitamin C dan Vitamin D dan pelbagai bahan aktif yang melengkapkan potensi herba ini.

KHASIAT DAN MANAFAAT

Bawang putih mempunyai pelbagai khasiat antaranya menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan darah, berfungsi sebagai antibiotik, antioksidan, mencegah pembekuan darah, menurunkan kadar kolesterol, menurunkan paras gula di dalam darah, menstimulasikan sistem Imuniti, memanaskan badan, melancarkan pembuangan air kencing,dan lain-lain.

Sistem Pencernaan

Herba ini sangat baik untuk membantu pencernaan, kerana herba ini jika dimakan mentah akan merangsang merembes air liur untuk membantu pepsin (enzim pencernaan protien) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam badan. Herba ini sangat membantu perembesan enzim untuk proses pencernaan makanan yang kita ambil. Zat thiamine berfungsi untuk mencegah sembelit.

Pencegah Kardiovaskular

Herba ini berfungsi menurunkan kadar LDL di dalam darah, dan menghalang pembentukan plak di jantung, jadi pengambilan herba ini sebagai pencegahan kepada penyakit kardiovaskular.
Untuk fungsi penjagaan diri, getah bawang putih dikatakan sangat baik untuk tumit kaki yang pecah, caranya dengan menggosokkan bawang putih yang telah dikupas di bahagian yang merekah, insyaALLAH tumit juga akan menjadi lembut. Herba ini juga sangat baik untuk luka yang bernanah, dengan menempelkan bawang putih yang telah dilumatkan ke luka yang telah bernanah, atau mencuci luka dengan bawang putih, namun rasanya sedikit pedih kerana bahan aktif aliisin berfungsi sebagai antibiotik yang menghalang pembentukan kulit, kuman dan bakteria.


Herba ini juga sangat baik untuk mengubati arterioclerosis,arthritis,asma, kanser, masalah peredaran darah, selsema, insomnia, sinusitis(Resdung) dan jangkitan kulat.
Namun, perlu di ingat Herba ini tidak boleh diambil oleh mereka yang menggunakan mesin Hemodialisis.

Asid atau Alkali

Keliru dengan makanan yang diambil?Apa yang menyebabkan badan semakin berasid sedangkan saya sudah mengambil herba. Untuk kupasan kali ini mari kita kenali makanan yang kita ambil sama ada berasid atau beralkali. Apa pula kesannya kepada badan kita? Para herbalis perlu mengingatkan pesakit tentang fakta bahawa 80% daripada penyakit bermula daripada Usus. Pastinya terlebih dahulu kita perlu melihat kepada pemakanan yang di masukkan ke dalam usus.

Kebanyakkan daripada pesakit yang ditemui di dapati mempunyai kadar asid yang tinggi dalam badan kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang. Diagnos melalui kaedah iridologi herbalis boleh mengenal melalui garis ANW(
Autonomic Nerve Wreath) akan kelihatan kesan kandungan asid yang tinggi dalam badan. Diagnos melalui tapak tangan juga akan dapat mengesan kandungan asid urik di dalam badan.

Menurut Dr Ragnar "Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri daripada 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali". Sifat badan kita bergantung kepada makanan yang kita ambil dalam gizi pemakanan seharian. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH 7.3 ke 7.4). Kajian menunjukkan bahawa badan yang beralkali lebih mempunyai daya tahan tubuh yang tinggi di dalam melawan penyakit. Badan yang mengandungi kadar asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan pelbagai penyakit adalah rendah berbanding badan yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam urea mereka.

Badan beralkali adalah sistem pertahanan badan yang pertama di dalam badan kita. Badan yang terlalu berasid akan mempercepatkan proses penuaan, menurunkan sistem Imuniti(pertahanan badan), mudah jatuh sakit dan kemerosotan kepada sistem badan.

MAKANAN BERASID
Makanan ini akan mengalami proses asimilasi semasa pencernaan sehingga menghasilkan asid yang tinggi jika diambil secara berlebihan. Keadaan ini diburukkan lagi jika pesakit mengalami penurunan fungsi hati yang bertindak mencernakan lemak yang masuk ke dalam badan.

* Daging
* Ikan
* Ayam
* Udang
* Roti
* Tepung

Makanan dalam bentuk sayur-sayuran membekalkan alkali dalam badan. Buah-Buahan juga mempunyai nilai alkali yang tinggi disamping zat lain yang dibekalkan, contohnya fibre ataupun serat di dalam buah sangat membantu proses pencernaan dan sekaligus mengelakkan berlakunya sembelit dan buasir. Spirulina juga merupakan sumber alkali yang cukup tinggi untuk badan.


Oleh itu pengambilan herba, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk menentukan paras asid di dalam badan. Pemakanan seimbang adalah sangat memberi kesan kepada tubuh badan baik dalam badan. Seimbang disini bermaksud memenuhi semua keperluan serat yang diperlukan oleh tubuh.

Friday, July 30, 2010

INILAH JALAN KAMI…

Inilah Jalan Kami
kalau hidup panjang kita terus berjuang
kalau kita mati..
ada orang yang akan teruskan

hidup dan mati..
bukan kita yang tentukan
pada orang dikasihi
tiba-tiba dipanggil kembali
sudah tentu hati menanggung hiba
tetapi …
bercerai kasih bertalak tidak.

urusan dagang ini
bukan dagang sebarangan
untuk memenuhi kehendak yang tidak puas
tapi dagangan ini membawa risalah
berita gembira dari al furqan

kita yang bermukim didaerah ini
barakahnya bukan dari sebab diri sendiri
telah terbukti pengorbanan
telah teruji kesetiaan
baru turunnya pertolongan.

lihatlah…sudah ramai yang datang kesini
tetap tabah sampai menemui mati
tidak berubah hati dan kesetiaan
meskipun dipujuk rayu kesenangan.
bukan…
bukan itu yang mereka cari
bukan wang berjuta dan emas segunung
tapi air kehidupan yang ingin diteguk
dari telaga kausar untuk umaat Nabi

bertahanlah kita disini
biarpun dingin membekukan tulang dan jemari
besok ada berita yang dinanti
musim bunga yang indah
keharumannya melata di setiap inci bumi.

Nukilan Pengarah Urusan HPA, Tn Haji Ismail Haji Ahmad.

GELATIN HALAL HALAGEL & HPA

BAGI umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan. Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat. Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah. Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega-3.

Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam.

“Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapatpengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).

“Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

“Paling penting, kesemua haiwan tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam,” jelas Azhar ketika ditemui Kosmo! di pejabat Halagel cawangan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penentu status halal gelatin bergantung pada beberapa faktor. Antaranya termasuklah proses pengeluaran tidak bercampur dengan sumber atau gelatin daripada haiwan tidak halal, di samping kebersihan keseluruhan di kilang tersebut.

Beliau menjelaskan, memang ada kebanyakan kilang yang menghasilkan gelatin tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk memproses gelatin halal.

Namun, disebabkan orang ramai tidak peka mengenai hal tersebut, maka tidak mustahil jika sebenarnya ada dalam kalangan pengguna Muslim telah termakan bahan yang diperbuat daripada gelatin yang tidak pasti sumbernya.

“Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana mereka tidak memahami dan menyedari perkara itu. Bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam, kesedaran untuk memastikan makanan atau produk yang digunakan adalah halal harus ada dalam diri setiap individu,” ujarnya lagi.

PALING penting haiwan halal yang digunakan untuk membuat gelatin disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, di sebalik penghasilan gelatin, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengeluar. Contohnya, ia mengambil masa di antara 60 hingga 80 hari untuk melengkapkan kesemua proses penghasilan gelatin.

“Tempoh waktu yang lama membuatkan pengeluaran gelatin halal agak terhad. Selain itu, adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal di kilang yang sama. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pengeluar gelatin dari negara-negara Barat.

“Paling utama, sumber tulang atau kulit haiwan yang diperoleh datangnya dari banyak pusat sembelihan yang mempunyai cara sembelihan tersendiri. Masalah inilah yang menyebabkan gelatin yang mungkin digunakan datang daripada sumber yang tidak halal,” jelas Azhar sambil berharap umat Islam lebih berhati-hati dalam hal ini.

Halagel kini telah pun mempunyai kilang memproses kapsul gelatin halal dan kilang kapsul lembut (softgel) untuk penggunaan dalam industri farmaseutikal.

Sumber: www.kosmo.com.my

DuniaHerbaHPA.com: HPA banyak menggunakan gelatin halal daripada Halagel untuk produk herbanya seperti produk berbentuk softgel dan ubat gigi herba. Jika selama ini kita asyik berkata kita tiada pilihan dalam bab makanan/minuman tetapi sekarang ini telah tersedia pelbagai produk keluaran umat Islam di pasaran terutamanya keluaran HPA. Mari kita bersama syarikat muslim seperti ini dengan menjadi pengguna dan usahawan supaya rangkaian perniagaan Muslim yang kuat dapat dibina. Jadikan produk Muslim sebagai pilihan UTAMA kita dan bukan lagi pilihan alternatif.

BENARKAH SERBUK AKAR KAYU MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)

Sumber : Blog KPU