Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.
Saturday, October 16, 2010
Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan
Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.
Saturday, August 21, 2010
Daging di McDonald Tidak Halal - JAKIM
Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama : Portal Rasmi Halal Malaysia
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelasBagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini
(direct daripada laman web McDonald Malaysia): CLICK HERE
Info lanjut:
Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189
Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)
Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam
Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets
Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S
Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat
Chlorophyll Drop HPA
Saturday, August 7, 2010
Penyakit Kencing Manis
Orang yang mengidap sakit kencing manis, tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan permintaan. Begitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.
Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.
Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin, walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya seseorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.
Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudiannya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.
Bukan itu sahaja, tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana pengaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi. Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.
Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastik untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.
Kencing Manis yang serius memerlukan disiplin pemakanan yang kuat kerana tanpa disiplin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.
Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak, mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan memberi kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang, melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.
Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula, beras, santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan, herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAllah.
Friday, August 6, 2010
Fungsi-fungsi Usus
Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).
Usus Besar- Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.
Pundi Hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.
Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.
Wednesday, August 4, 2010
Khasiat Herba Bawang Putih
Bahan aktif yang terkandung di dalam herba ini antaranya adalah alisin, aliin, enzim allinase, asam nikotinat, allithiamin, besi, belerang, kreatin, kuprum,fosfor, saponin, kalsium, kalium, niasin, protien, vitamin A,B1 (thiamine),B2(riboflavin),vitamin C dan Vitamin D dan pelbagai bahan aktif yang melengkapkan potensi herba ini.
Asid atau Alkali
Keliru dengan makanan yang diambil?Apa yang menyebabkan badan semakin berasid sedangkan saya sudah mengambil herba. Untuk kupasan kali ini mari kita kenali makanan yang kita ambil sama ada berasid atau beralkali. Apa pula kesannya kepada badan kita? Para herbalis perlu mengingatkan pesakit tentang fakta bahawa 80% daripada penyakit bermula daripada Usus. Pastinya terlebih dahulu kita perlu melihat kepada pemakanan yang di masukkan ke dalam usus.
Kebanyakkan daripada pesakit yang ditemui di dapati mempunyai kadar asid yang tinggi dalam badan kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang. Diagnos melalui kaedah iridologi herbalis boleh mengenal melalui garis ANW(Autonomic Nerve Wreath) akan kelihatan kesan kandungan asid yang tinggi dalam badan. Diagnos melalui tapak tangan juga akan dapat mengesan kandungan asid urik di dalam badan.
Menurut Dr Ragnar "Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri daripada 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali". Sifat badan kita bergantung kepada makanan yang kita ambil dalam gizi pemakanan seharian. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH 7.3 ke 7.4). Kajian menunjukkan bahawa badan yang beralkali lebih mempunyai daya tahan tubuh yang tinggi di dalam melawan penyakit. Badan yang mengandungi kadar asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan pelbagai penyakit adalah rendah berbanding badan yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam urea mereka.
Badan beralkali adalah sistem pertahanan badan yang pertama di dalam badan kita. Badan yang terlalu berasid akan mempercepatkan proses penuaan, menurunkan sistem Imuniti(pertahanan badan), mudah jatuh sakit dan kemerosotan kepada sistem badan.
MAKANAN BERASID
Makanan ini akan mengalami proses asimilasi semasa pencernaan sehingga menghasilkan asid yang tinggi jika diambil secara berlebihan. Keadaan ini diburukkan lagi jika pesakit mengalami penurunan fungsi hati yang bertindak mencernakan lemak yang masuk ke dalam badan.
* Daging
* Ikan
* Ayam
* Udang
* Roti
* Tepung
Makanan dalam bentuk sayur-sayuran membekalkan alkali dalam badan. Buah-Buahan juga mempunyai nilai alkali yang tinggi disamping zat lain yang dibekalkan, contohnya fibre ataupun serat di dalam buah sangat membantu proses pencernaan dan sekaligus mengelakkan berlakunya sembelit dan buasir. Spirulina juga merupakan sumber alkali yang cukup tinggi untuk badan.
Oleh itu pengambilan herba, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk menentukan paras asid di dalam badan. Pemakanan seimbang adalah sangat memberi kesan kepada tubuh badan baik dalam badan. Seimbang disini bermaksud memenuhi semua keperluan serat yang diperlukan oleh tubuh.